Jul 10, 2010

The New Organization Chart of JPNR

JPNR Penang telah mengubah beberapa muka baru dalam organisasi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun, perjuangan tetap diteruskan. Dengan muka-muka baru yang lebih berpengalaman, nama JPNR dan kebajikan NR menjadi isu yang paling penting dalam misi dan visi organisasi JPNR. Sebarang kekurang yang terdapat pada diri kami, harap dapat ditegur dan dibincang bersama-sama dengan cara yang aman dan baik. "WE DO 'COZ WE CARE!!"

Jul 9, 2010

Festival Kolej(FesKo)-Bermulanya 1 Legasi


Bertemakan Kebudayaan, Kesukanan, Kerohanian dan Keusahawanan, siswa siswi UiTM Penang bakal digegarkan dengan satu Festival yang julung -julung kalinya diadakan di UiTM Penang, hasil kerjasama daripada 3 JPK dan JPNR . Antara aktiviti yang bakal berlangsung adalah seperti Pertandingan Fesyen, Ritma Budaya(Battle of the Band), Permainan - permainan sukan tradisional yang bakal mengimbas kembali zaman kanak-kanak dan pelbagai lagi yang menarik. Marilah bersama - sama meriahkan Festival Kolej ataupun secara ringkasnya dipanggil, "FesKO"!!! Semua Pelajar terutamanya Pelajar NR dan Staff UiTM Penang dijemput hadir!! Kini, "Bermulanya 1 Legasi"!!